Monday, March 14, 2011

Lidah buaya banyak khasiat



                                          Nama Latin: Aloe vera L
                                          Nama Tempatan: Lidah buaya
                                          Nama Inggeris: Aloe vera
                                          Famili : Liliaceae

         Pokok lidah buaya atau di sesetengah tempat dikenali sebagai lidah jin atau aloevera  merupakan tumbuhan herba. Lidah buaya boleh didapati ditanam sebagai hiasan di kampung-kampung atau taman. Ia sesuai dan tumbuh liar di tempat berudara panas tapi sering juga ditanam di dalam pasu dan pekarangan rumah sebagai tanaman hias.
         Herba ini mempunyai batang seperti pokok ubi keladi dengan ketinggiannya mencapai 15 sm dan berdiameter antara 1 sm hingga 2 sm. Daunnya berwarna hijau bertompok-tompok kelabu, berduri lembut di tepi daun dan mempunyai isi yang tebal dan berlendir. Lidah buaya mengandungi saponin yang mempunyai kemampuan membunuh kuman, serta antrakuinon dan kuinon sebagai antibiotik dan penghilang rasa sakit. la juga merangsang pertumbuhan sel baru pada kulit. Manakala dalam gel lidah buaya terkandung lignin yang mampu menembus dan meresap ke dalam kulit. Oleh itu gel lidah buaya akan mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit menjadi tidak cepat kering.       Selain itu lidah buaya juga popular di kalangan wanita bagi tujuan melicinkan kulit, lendirnya disapu pada muka dan dibiarkan kering dan kemudian dibilas. Lendir kuning yang dikeringkan boleh digunakan sebagai pelawas untuk membuang air besar serta boleh merawat masalah kulit misalnya melecur terkena air panas. Ia juga memberi manfaat untuk membantu rawatan berikut:
1. Susah buang air kecil
2. Sembelit
3. Penyubur rambut
4. Luka bakar / tersiram air panas (ringan)
5. Bisul
6. Jerawat, noda-noda hitam
7. Batuk yang tidak serius.
8. Diabetes
9. Melegakan radang tenggorokan
10. Menurunkan kolesterol


Apa pun lidah buaya tidak boleh digunakan oleh wanita hamil.


Thursday, March 10, 2011

Bunga kertas penyeri ruang

          Pokok bunga kertas adalah pilihan bagi mereka yang inginkan taman sentiasa kelihatan ceria dan berseri dengan warna. Ini kerana pokok bunga kertas tahan panas dan boleh ditanam di tempat terbuka. Matahari memberikan kesihatan yang baik kepada pokok bunga kertas dan membolehkan ia sentiasa berbunga. Oleh itu ia sesuai bagi mereka yang memilih konsep tropika manakala bunga yang sentiasa berkembang juga sesuai untuk menerapkan konsep kedesaan bagi landskap kediaman.
         Bunga kertas jarang diserang serangga.Bagaimanapun jika terkena serangan boleh disembur dengan racun serangga biasa. Boleh juga diamalkan menyembur racun serangga sekitar sebulan sekali.Tanah hendaklah sentiasa digembur bagi memberikan pertumbuhan yang sihat.
          Pemasuan semula perlu dilakukan apabila akar sudah memenuhi pasu. Untuk itu keluarkan pokok daripada pasu dan pangkas akarnya. Selepas itu bolehlah dimasukkan semula pokok berkenaan di dalam pasu sama atau pasu yang lebih besar dengan diletakkan tanah baru.Selepas memasu semula, letakkan pokok di tempat teduh bagi tempoh dua hingga tiga minggu. Ini kerana pokok masih berada dalam keadaan tertekan dan perlu dijaga. Meletakkan ia di tempat terbuka akan membuatkan pokok semakin tertekan. Siraman secukupnya perlu dilakukan pada pokok yang mengalami pemasuan semula. Dalam pemilihan pasu untuk pokok bunga kertas gunakan pasu tanah liat dan bukannya plastik atau jenis licin. Ini bagi membenarkan kemasukan udara dan supaya air tidak bertakung.

        Ada sesetengah orang hairan mengapa pokok bunga kertas mudah luruh daun dan bunganya. Ini disebabkan terlalu banyak baja dan kurang disiram. Baja sifatnya panas dan jika terlalu banyak dibunuh di tempat terbuka ia menjadikan pokok bertambah panas. Kurang siraman juga menyebabkan keadaan semakin kering.

Panduan menanam bunga kertas
  • Bunga kertas memerlukan cahaya matahari sepenuhnya. Oleh itu untuk menghasilkan pokok yang cantik letakkan ia di tempat terbuka.
  • Siraman yang banyak juga penting bagi pertumbuhan dan kecantikan pokok. Jika musim kering lakukan siraman dua kali sehari tetapi bagi keadaan cuaca yang sederhana sekali sehari memadai.
  • Pembajaan perlu dilakukan dua minggu sekali. Gunakan baja organik dan baja campuran dan boleh diselang selikan. Bagi baja campuran, pastikan ia adalah baja bunga bukannya baja daun.
  • Kadar baja adalah sekitar satu sudu besar bagi baja campuran dan dua sudu besar bagi baja organik. Ini adalah kadar untuk pokok yang di dalam pasu.
  • Pemangkasan perlu dilakukan apabila bunga mulai gugur dan kurang berseri. Potong bahagian yang nampak tidak elok dan selepas seminggu bolehlah dibaja.

Sunday, February 13, 2011

Kegunaan tepung penaik di dalam taman

1. Sebagai racun kulat
Ambil 1 sudu kecil tepung penaik, masukkan di dalam   sprayer dan tambahkan air.

2. Cuci daun supaya lebih berkilat menggunakan tisu

3. Menguji keasidan tanah.
Ambil tanah + air + tepung penaik. Tanah berasid menghasilkan banyak buih.




Bagaimana menanam pokok periuk kera?


1. Sediakan medium penanaman iaitu rumpai laut, tanah hitam atau gambut, pasir     sungai dan sabut kelapa yang dikisar halus dalam nisbah 1:1:1:1.

2. Sediakan pasu yang tidak berlubang. Keluarkan anak benih pokok dan kerat sebahagian akar (Tindakan ini tidak akan mencederakan akar kerana akar tdak membekalkan zat kepada pokok)

3. Siram pokok (lebih baik menggunakan air hujan)

4. Kemudian letakan di tempat redup atau teduhan.

(Pokok ini tidak perlu dibaja kerana pokok mendapat zat daripada serangga)